Ahad, 8 November 2020

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Blog sumber aplikasi pembelajaran kanak-kanak. Terutamanya mengenal huruf ABC dan permulaan untuk belajar membaca.


Hai,

Pembelajaran anak harus bermula dari awal, laman ini menyediakan prasarana pembelajaran awal anak-anak anda. Saya menyedari bahawa anak-anak perlukan sesuatu untuk bertumbuh mengenali kesemua huruf bermula dari awal hidup mereka. Ramai juga ibu bapa yang menyedari hakikat ini, namun apakah caranya? Saya mula menyedari hal ini sejak  anak pertama saya berumur 3 tahun. Saya telah membelikannya pelbagai buku namun masih tidak membantu. Lalu saya mula beralih kepada teknologi, mula mencari di internet namun semuanya tidak membantu. Akhirnya saya mendapat buah fikiran untuk menghasilkan program ini. Saya mula merekabentuk dan akhirnya saya berjaya menghasilkan program yang saya namakan "Mari Belajar ABC".

BLOG INI MENYEDIAKAN SUMBER PEMBELAJARAN
UNTUK ANAK-ANAK ANDA SECARA PERCUMA


SILAKANLAH KLIK PADA BAHAGIAN PRODUK UNTUK 
MELIHAT SENDIRI DAN MEMBERIKAN PENGALAMAN YANG BERBEZA 
UNTUK SESI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ANDA!



Isnin, 27 Januari 2014

PANDUAN MEMBINA TEKA SILANG KATA.




PANDUAN MEMBINA TEKA SILANG KATA.


PANDUAN MEMBINA TEKA SILANG KATA SENDIRI DENGAN MUDAH, UNTUK SEKOLAH RENDAH.

1.  Tentukan ukuran dan bina petak. 

Ada ukuran petak tertentu yang harus Anda ikuti. Namun,kali ini kita hanya membuat permainan teki-teki silang biasa, maka anda boleh menggunakan ukuran petak apa saja yang Anda mahu.

  • Teka-teki ini kita buat secara manual ya.






2. Buat daftar kata-kata untuk teka-teki silang Anda. 

Tentukan dahulu Tema teka silang kata tersebut. Sebagai contoh kali ini ialah tentang kata PERBUATAN. Jadi tentukan 5 kata kerja mendatar dan 5 kata kerja menurun.

Contoh saya tidak berikan kata kerja tetapi kata yang bertemakan sukan.

MELINTANG:
1. bola
2. badminton
3. hebat
4. hantar
5. kebal

MENURUN
1. johan
2. kuat
3. akhir
4. bersukan
5. latihan

3. Tuliskan kata-kata tersebut dalam petak. 

3.1 Ambil kotak teka silangkata yang telah anda siapkan di perenggan 1.
3.2Tulis perkataan yang telah anda senaraikan di perenggan 2. Susun sehingga anda puas 
      hati. 
3.3 Kata yang telah anda senaraikan boleh diganti dengan perkataan lain sehingga  
      semuanya sepadan.
3.4 Letakkan nombor melintang dan menegak pada petak tersebut mengikut nombor senarai perkataan.
3.5 Ini sebagai jawapan sahaja kepada soalan pembayang anda.



4. Buat salinan petak teka silang kata anda. 
4.1 Kali ini biarkan kosong sahaja tetapi letakkan nombor melintang dan menegak.
4.2 Simpan petak yang sudah ada jawapannya.
4.3 Petak yang kosong itulah yang akan digunakan untuk menjawab nanti.





5. Membuat pembayang atau petunjuk.
    Fikirkan tentang pembayang bagi setiap kata kerja yang telah anda senaraikan dalam teka 
    silang kata anda. Berikan pembayang yang jelas dan tidak terlalu susah. Ingat teka silang  
    kata ini untuk murid tahun 4. Jangan gunakan pembayang yang tidak jelas.

6. Teka Silang Kata anda kini sudahpun siap.

Terimakasih kerana menggunakan blog ini dalam pembelajaran anda.
Selamat mencuba.

Ahad, 22 Disember 2013

Bantuan Pembelajaran

A. APLIKASI MARI BELAJAR ABC 1.5
 

Muka Depan
 
Terdapat 5 menu untuk pembelajaran ABC, setiap menu mempunyai ciri tersendiri, yang akan diterangkan dibawah.


ABC Ku



Fungsi ini akan memaparkan nama benda, binatang dan sebagainya sesuai dengan huruf nama permulaan setiap yang ditayangkan di skrin. Selepas mengklik pada gambar kecil dibahagian atas, gambar akan ditayangkan disusuli dengan suara latar nama huruf dan gambar.

NYAYI ABC
Fungsi ini mengajak anak-anak menyanyi lagu ABC, dengan iringan muzik dan solo. Jika setiap huruf di klik akan menghasilkan bunyi sesuai dengan lagu ABC.

LATIHAN
Terdapat tiga latihan yang disediakan bersesuaian dengan aplikasi ini.



ABC UNTUK BAYI
Fungsi ini sangat sesuai untuk bayi kecil, seawal umur 3 bulan. Bayi ini suka dengan visual dan bunyi. Ianya berfungsi sebagai 'Kad Imbasan'. Fungsi ini memaparkan huruf abjad secara berterusan. Walapun begitu dilengkapi juga dengan papan kawalan di bahagian bawah untuk berhenti, main, pause. Juga dilengkapi dengan iringan muzik untuk dipilih. Boleh juga dimain tanpa muzik.







B. VIDEO MARI BELAJAR ABC v1.4

Berikut adalah kandungan dan cadangan pembelajaran.
 
KANDUNGAN / AKTIVITI
 

1.        Mengenal huruf dengan mendengar(Gunakan pause pada pemain VCD) jika

Anak lambat menyebutnya.

1.1      Sebutan huruf besar

1.2     Huruf kecil dan

1.3     Huruf besar dan huruf kecil.

2.        Melihat huruf dan menyebut

1.1     Sebutan huruf besar

1.2     Sebutan huruf kecil

3.        Mengenal huruf dengan mendengar kata berpandukan gambar.

3.1     Mengulangi sebutan setiap huruf dengan menyebut kata

          tersebut berpandukan    gambar.

4.        Mendengar lagu ABC sambil mengenal huruf(BI)

4.1 Menyanyikan lagu ABC berpandukan muzik dan melihat huruf(BI)

5.      Menari bersama lagu ABC(BI)

 
CARA PENGAJARAN
 
1. Pasang dan bersama-samalah anda dan anak anda menonton.
2. Berikan galakan kepada anak anda untuk melakukan aktiviti.
3. Jalankan aktiviti dengan penuh keseronokan dan kegembiraan. Umpamanya memberikan tepukan atau menyuruh anak tersebut bertepuk tangan.
4. Aktiviti yang perlukan pergerakan dan nyanyian adalah aktiviti yang menyeronokkan, nyanyilah bersama-sama dengan anak anda supaya anak itu juga mahu menyani. Begitu juga dengan tarian, galakkan anak anda menari mengikut rentak.
 

Semua aktiviti dalam VCD ini dirancang dengan baik agar P&P berjalan dengan sempurna, dan mengikut kesesuaian. Jalankan semua aktiviti secara berulang-ulang untuk peneguhan yang lebih baik. Daripada pemerhatian anak itu sendiri akan meminta memasangkannya jika aktiviti dapat dijalankan dengan penuh bermakna dan kegembiraan. Berikan tepukan atau galakkan anak bertepuk tangan untuk memberikan dorongan dan keseronokan.
 
SEMOGA ANAK ANDA MENERIMA PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.