PANDUAN MEMBINA TEKA SILANG KATA.


PANDUAN MEMBINA TEKA SILANG KATA SENDIRI DENGAN MUDAH, UNTUK SEKOLAH RENDAH.

1.  Tentukan ukuran dan bina petak. 

Ada ukuran petak tertentu yang harus Anda ikuti. Namun,kali ini kita hanya membuat permainan teki-teki silang biasa, maka anda boleh menggunakan ukuran petak apa saja yang Anda mahu.

  • Teka-teki ini kita buat secara manual ya.






2. Buat daftar kata-kata untuk teka-teki silang Anda. 

Tentukan dahulu Tema teka silang kata tersebut. Sebagai contoh kali ini ialah tentang kata PERBUATAN. Jadi tentukan 5 kata kerja mendatar dan 5 kata kerja menurun.

Contoh saya tidak berikan kata kerja tetapi kata yang bertemakan sukan.

MELINTANG:
1. bola
2. badminton
3. hebat
4. hantar
5. kebal

MENURUN
1. johan
2. kuat
3. akhir
4. bersukan
5. latihan

3. Tuliskan kata-kata tersebut dalam petak. 

3.1 Ambil kotak teka silangkata yang telah anda siapkan di perenggan 1.
3.2Tulis perkataan yang telah anda senaraikan di perenggan 2. Susun sehingga anda puas 
      hati. 
3.3 Kata yang telah anda senaraikan boleh diganti dengan perkataan lain sehingga  
      semuanya sepadan.
3.4 Letakkan nombor melintang dan menegak pada petak tersebut mengikut nombor senarai perkataan.
3.5 Ini sebagai jawapan sahaja kepada soalan pembayang anda.



4. Buat salinan petak teka silang kata anda. 
4.1 Kali ini biarkan kosong sahaja tetapi letakkan nombor melintang dan menegak.
4.2 Simpan petak yang sudah ada jawapannya.
4.3 Petak yang kosong itulah yang akan digunakan untuk menjawab nanti.





5. Membuat pembayang atau petunjuk.
    Fikirkan tentang pembayang bagi setiap kata kerja yang telah anda senaraikan dalam teka 
    silang kata anda. Berikan pembayang yang jelas dan tidak terlalu susah. Ingat teka silang  
    kata ini untuk murid tahun 4. Jangan gunakan pembayang yang tidak jelas.

6. Teka Silang Kata anda kini sudahpun siap.

Terimakasih kerana menggunakan blog ini dalam pembelajaran anda.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan: