Tentang Saya



Vassylysa Digital Technologi

Blog ini telah saya bangunkan sebagai platform untuk mengetengahkan hasil digital ciptaan sendiri. Produk digital saya ini merangkumi aplikasi untuk windows dan juga android

Bagi produk windows, terdapat tiga produk yang telah saya hasilkan malah lebih dari itu tetapi yang selebihnya tidak sempat untuk dipublishkan untuk tetapan umum. Sila masuk ke bahagian ini

Bagi produk berasaskan android pula saya telah menghasilkan produk pembelajaran dan juga permainan. Produk pembelajaran untuk android terdapat dua aplikasi iaitu "Belajar ABC" dan yang kedua ialah aplikasi "Mari Adik membaca". Kedua-dua aplikasi ini boleh didownload di PlayStore pada masa lalu, tetapi kini tidak lagi. Untuk mendapatkan kedua-dua aplikasi ini sila download .apk di  bahagian menu Aplikasi Android dalam blog ini juga. Sila Masuk ke sini

Bagi aplikasi permainan (Game untuk telifon pintar), terdapat banyak aplikasi yang telah saya hasilkan, namun terdapat beberapa game sahaja yang boleh didownload pada bahagaian Aplikasi Android di blog ini. Sila masuk ke sisi. Game ini tidak lagi di publish di google play atas sebab-sebab tertentu..

Saya amat menitikberatkan pembelajaran anak-anak, terutamanya perkembangan pembelajaran awal kanak-kanak.  Sebenarnya produk(Video Mari Belajar ABC ver3.0), ini telahpun siap sejak 2005 lagi tetapi hanya untuk kegunaan sendiri sahaja. Setelah melihat sendiri hasilnya, maka timbul keinginan pula untuk mengongsikannya kepada kalian, manalah tahu produk ini boleh membantu pembelajaran awal anak-anak anda pula mengenali huruf ABC dengan lebih awal.

Semoga kandungan perkongsian dalam blog ini memberi manafaat kepada anak-anak generasi IT.

Sekian dan terimakasih.

Admin:
Paulus Salin,
Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian,
Open Universiti Malaysia(2007)

Hubungi saya di:
Emel: mywalit2u@gmail.com



Tiada ulasan: