Bantuan Pembelajaran

 A. APLIKASI MARI BELAJAR ABC 1.5

 

Muka Depan
 
Terdapat 5 menu untuk pembelajaran ABC, setiap menu mempunyai ciri tersendiri, yang akan diterangkan dibawah.


ABC Ku



Fungsi ini akan memaparkan nama benda, binatang dan sebagainya sesuai dengan huruf nama permulaan setiap yang ditayangkan di skrin. Selepas mengklik pada gambar kecil dibahagian atas, gambar akan ditayangkan disusuli dengan suara latar nama huruf dan gambar.

NYAYI ABC
Fungsi ini mengajak anak-anak menyanyi lagu ABC, dengan iringan muzik dan solo. Jika setiap huruf di klik akan menghasilkan bunyi sesuai dengan lagu ABC.

LATIHAN
Terdapat tiga latihan yang disediakan bersesuaian dengan aplikasi ini.



ABC UNTUK BAYI
Fungsi ini sangat sesuai untuk bayi kecil, seawal umur 3 bulan. Bayi ini suka dengan visual dan bunyi. Ianya berfungsi sebagai 'Kad Imbasan'. Fungsi ini memaparkan huruf abjad secara berterusan. Walapun begitu dilengkapi juga dengan papan kawalan di bahagian bawah untuk berhenti, main, pause. Juga dilengkapi dengan iringan muzik untuk dipilih. Boleh juga dimain tanpa muzik.







B. VIDEO MARI BELAJAR ABC v1.4

Berikut adalah kandungan dan cadangan pembelajaran.
 
KANDUNGAN / AKTIVITI
 

1.        Mengenal huruf dengan mendengar(Gunakan pause pada pemain VCD) jika

Anak lambat menyebutnya.

1.1      Sebutan huruf besar

1.2     Huruf kecil dan

1.3     Huruf besar dan huruf kecil.

2.        Melihat huruf dan menyebut

1.1     Sebutan huruf besar

1.2     Sebutan huruf kecil

3.        Mengenal huruf dengan mendengar kata berpandukan gambar.

3.1     Mengulangi sebutan setiap huruf dengan menyebut kata

          tersebut berpandukan    gambar.

4.        Mendengar lagu ABC sambil mengenal huruf(BI)

4.1 Menyanyikan lagu ABC berpandukan muzik dan melihat huruf(BI)

5.      Menari bersama lagu ABC(BI)

 
CARA PENGAJARAN
 
1. Pasang dan bersama-samalah anda dan anak anda menonton.
2. Berikan galakan kepada anak anda untuk melakukan aktiviti.
3. Jalankan aktiviti dengan penuh keseronokan dan kegembiraan. Umpamanya memberikan tepukan atau menyuruh anak tersebut bertepuk tangan.
4. Aktiviti yang perlukan pergerakan dan nyanyian adalah aktiviti yang menyeronokkan, nyanyilah bersama-sama dengan anak anda supaya anak itu juga mahu menyani. Begitu juga dengan tarian, galakkan anak anda menari mengikut rentak.
 

Semua aktiviti dalam VCD ini dirancang dengan baik agar P&P berjalan dengan sempurna, dan mengikut kesesuaian. Jalankan semua aktiviti secara berulang-ulang untuk peneguhan yang lebih baik. Daripada pemerhatian anak itu sendiri akan meminta memasangkannya jika aktiviti dapat dijalankan dengan penuh bermakna dan kegembiraan. Berikan tepukan atau galakkan anak bertepuk tangan untuk memberikan dorongan dan keseronokan.
 
SEMOGA ANAK ANDA MENERIMA PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.

Tiada ulasan: